Selamat Jalan & Selamat Kembali

Bulan ini, SKDS kehilangan seorang warga pendidik yang banyak berjasa, iaitu Ustaz Khairun Nizam Yusuf, beliau  telah bertukar ke negeri Pahang Darul Makmur, di Bandar Muadzam Shah. Beliau adalah guru yang  paling lama bertugas disekolah ini sejak ia mula dibuka pada tahun 1997,ini bermakna sudah 15 tahun bersama SKDS. Perjalanan beliau sebagai seorang guru biasa disekolah ini hingga dinaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (GPK KO) iaitu jawatan yang dipegangnya.Apapun, kami disini mendoakan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada Ustaz disekolah baru.


Selain itu, kami juga ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah Haji buat Guru Besar SKDS yang kini berada di Tanah Suci Kota Mekah menjadi tetamu Allah pada tahun ini, moga beliau dan isteri dalam keadaan sihat walafiat selalu serta mendapat ketenangan dalam beribadah dan yang penting sekali agar mendapat haji yang mabrur.Amin. Beliau dijadualkan kembali bertugas pada bulan November ini, iaitu seminggu sebelum cuti sekolah bermula.Semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik beliau.  

Tetamu tak diundang..2

Nampaknya SKDS dikejutkan oleh binatang liar sekali lagi.Minggu sudah hari jumaat (12 hb okt) En.Rajan @Uncle Rajan,telah berjaya menangkap seekor anak ular tedung sebesar ibu jari didapur Pra Sekolah dan sempat membunuhnya.Tetapi hari ini (16 Okt) ditempat yang sama dijumpai lagi seekor bersembunyi didalam kabinet dapur,cuma hari ini saiz lebih kecil sedikit.Dan Pakcik Sharkawi pula yang menangkapnya.Admin berharap inilah kali terakhir ular dijumpai.Apa jua cadangan daripada pihak ibubapa amatlah diharapkan untuk membantu pihak sekolah mengatasi masalah ini. 
*foto dan video ada dimuatnaik dalam facebook sekolah

Hari Kanak-Kanak dan Hari Kokurikulum

Pada bulan ini (Oktober) telah berlangsung 2 program yang penting,iaitu Hari Kokurikulum dan Sambutan Hari Kanak-Kanak.Program ini dijalankan secara serentak selama 2 hari bermula dengan perkhemahan badan uniform pada 5 Oktober (Jumaat) dan berakhir keesokkannya dengan sambutan Hari Kanak-kanak.Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama tempoh tersebut, kerjasama antara guru dan murid juga baik.Moga diharapkan dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan. 




menunggu arahan drpd cikgu Nazif
Makan malam..nampak lazat









Terasa lapar...:)
Beratur mengambil makanan









 

 
Pertandingan Futsal tahap 2
Makan bersama-sama








Jualan gerai oleh BKGK
Bola Baling Tahap 2

Lagi gambar dalam Facebook.

Bengkel Mewarna dan Mencanting Batik

Pada 20 September 2012, Panitia Pendidikan Seni dan Visual (PSV) telah menganjurkan bengkel mewarna dan mencanting batik dengan kerjasama Perbadanan Kraftangan Malaysia (KRAF) sempena bulan Kemerdekaan dan Patriotisma. Bengkel ini terbuka kepada semua murid dan guru-guru,program bermula pagi hingga tengahari dengan dibahagi mengikut tahap masing-masing.Pihak Kraf telah menyumbangkan alat-alat untuk mencanting batik serta khidmat tunjuk ajar sepanjang bengkel berjalan.
Pihak Sekolah ingin merakam ucapan terima kasih kepada Puan Ros Akmarina selaku ketua Panitia yang memastikan kelancaran program dan pihak PIBG yang sudi menyumbangkan dana,serta semua pihak yang terlibat.Terima Kasih!     

Antara corak yang ada...
Murid tekun mewarna corak batik










Antara hasil yang baik..
Untuk dibawa balik
                           

UPSR 2012 : Semoga dipermudahkan..

Kami semua ingin mengucapkan kepada semua murid-murid tahun 6 sesi 2012, selamat menghadapi UPSR 2012 dengan jayanya. Moga kalian mendapat keyakinan semasa menjawab,ketenangan hati dan jiwa sepanjang peperiksaan.Buatlah yang terbaik, insyaallah kejayaan hendaknya.   

Pemberitahuan: Solat Hajat Perdana 2012

SKDS akan mengadakan solat hajat perdana pada 6 September (Khamis) sempena peperiksaan UPSR yang akan diduduki oleh murid tahun 6 tidak lama lagi.Program akan bermula pada pukul 7:00 malam hingga selepas solat Isyak. Diharap semua murid dan Ibu Bapa dapat meluangkan masa untuk meramaikan majlis itu nanti.Insyallah.

Salam Aidilfitri 1433H




















Kami seluruh warga SK Desa Setapak mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada semua yang melayari laman ini.Marilah kita saling maaf memaafi antara satu sama lain,jika ada yang salah sama-sama kita betulkan,jika ada yang kurang sama-sama kita hulurkan dan jika ada yang jauh sama-sama kita eratkan. Salam eid-Mubarak!!!

Bulan Ramadhan bulan yang Mulia,
disambut dengan hati yang gembira,
Kini Syawal semakin menjelma,
Tangan kami hulurkan maaf dipinta.

Masak Udang gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria
berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya.


Hari Sukan Sekolah 2012 : PraSekolah,Tahap 1 dan PIPK

Pada 30 Jun yang lepas (Jumaat) telah diadakan Hari Sukan Sekolah untuk murid-murid PraSekolah,Tahap 1 dan PIPK,Acara berlangsung meriah dengan semua murid-murid terlibat mewakili rumah masing-masing.Semangat kesukanan jelas ditunjukkan apabila setiap peserta berusaha bersungguh -sungguh memenangi acara yang ditandingi.Sokongan moral daripada Ibubapa mahupun guru-guru turut dipuji,diharapkan kemeriahan ini akan diteruskan pada tahun hadapan.Disini disertakan beberapa foto menarik sepanjang acara pada hari itu.







Lagi gambar disini
Belasungkawa Pn Nor'Azah binti Aziz 1965 - 2012

Tanggal 13 Mei yang lalu, seorang guru yang banyak berjasa kepada kita telah pergi meninggalkan kita pulang ke rahmatullah. Beliau ialah Puan Nor'Azah binti Aziz,48 tahun, tabah menghadapi penyakit barah paru-paru dan menanggungnya selama 6 bulan.Dalam jangka waktu itulah, arwah berulang alik ke hospital sambil berubat secara traditional.Tetapi penyakitnya semakin merebak hingga menyerang kedua-dua belah paru-paru.



Ketika hayatnya,arwah seorang guru yang berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas dan mempunyai hubungan baik dengan semua guru.Arwah juga adalah antara guru yang mula-mula sekali bertugas di SKDS semenjak ia dibuka pada tahun 1997.Sebelum itu arwah pernah bertugas di beberapa sekolah di utara tanahair,bermula di SK Teloi Timur,Kuala Ketil,Kedah pada tahun 1989, kemudian pada tahun 1991 beliau berpindah ke SK Teluk Kumbar,Pulau Pinang.Selama 5 tahun disana,beliau bertugas pula di SK Taman Pelangi,selepas setahun,beliau berpindah sekali ke SK Sidam Kiri iaitu sekolah terakhir sebelum ke SKDS.Kami warga SKDS mendoakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan bersama orang-orang soleh.Amin.
        

Program Guru Penyayang


Program Guru Penyayang SK Desa Setapak telah dilancarkan awal tahun ini. Ia bertujuan untuk mewujudkan budaya kasih sayang di antara guru dan murid. Jawatankuasa guru penyayang telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti mengalu-alukan kedatangan murid dengan menyediakan kain rentang di pintu pagar dan menyambut kehadiran murid. Murid juga diberi penghargaan sempena hari lahir mereka dengan memberikan kad ucapan hari lahir diperhimpunan mingguan sekolah. Carta hari lahir murid juga di tampalkan disetiap kelas supaya murid merasa lebih dihargai guru-guru juga menangani masalah murid dengan penuh berhemah.


Majlis Perasmian Program Mentor-Mentee

Pada 26 Mac yang lalu,.sekolah telah melancarkan program Mentor Mentee yang melibatkan semua murid tahun 6, yang mana setiap murid melaporkan prestasi dalam pembelajaran mereka kepada mentor yang dilantik dikalangan guru.Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKDS.
Ucapan Oleh Pn. Rosmawati,guru Kaunseling 
Mentor dan Mentee








Antara murid yang menerima borang prestasi
Murid -murid beratur sebelum nama  dipanggil

Majlis Sumbangan Zakat dari Bank Rakyat

Pada 23 Mac yang lepas telah berlangsung majlis ringkas penyerahan Wang Zakat daripada Bank Rakyat kepada pihak sekolah. Ustaz Khairun Nizam telah mewakili guru besar dalam majlis itu sebagai penerima. Bank Rakyat  berharap wang berkenaan dapat digunakan demi manfaat surau sekolah.Disini pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat dan semua terlibat.




Tetamu tak diundang...

SKDS digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa batik sepanjang lima meter pagi kelmarin. Sepasukan pegawai JPAM telah datang menangkapnyaPhotobucket.
Awalnya ular itu dijumpai oleh sekumpulan murid-murid yang melalui jalan belakang sekolah.Ketika dijumpai ular itu berada didalam longkang besar dalam keadaan tidak bergerak dipercayai masih dalam kekenyangan.Ular itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Zoo Negara.Alhamdullilah kerana tidak ada apa-apa kemalangan yang berlaku.

Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 dan PPKI

Photobucket
Satu majlis perjumpaan Ibubapa pelajar Tahun 6 dan PPKI SKDS 2012 telah diadakan pada 18hb Februari 2012. Perjumpaan merupakan perjumpaan kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2012.Didalam pertemuan ringkas ini  Tuan  Guru Besar , Encik Zainal bin Ahmad,menyatakan berharapan agar ibubapa memberi perhatian kepada anak masing-masing dalam pembelajaran. Selain itu, sokongan moral dan dorongan daripada semua ibubapa amat perlu bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian kecemerlangan murid-murid SKDS,khususnya untuk menghadapi peperiksaan besar nanti  iaitu UPSR.  Dalam majlis ini juga ibubapa dimaklumkan mengenai program-program yang akan dijalan pada tahun 2012 khasnya untuk murid tahun 6 seperti Kelas Tambahan berkala,Bengkel menjawab soalan,Gerak Gempur UPSR dan lain-lain.Oleh itu besarlah harapan sekolah agar para ibubapa sentiasa memberi sokongan penuh  dan komited terhadap apa jua program yang akan dijalankan nanti serta sentiasa memantau perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.Terima Kasih. 

Majlis Perlantikan Pengawas,PSS,SPBT dan Ketua Kelas

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan SPBT pada kali ini telah diadakan pada pagi Khamis 16 Februari 2012. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rumzi, nyanyian lagu patriotik dan ucapan Guru Besar En.Zainal bin Ahmad. 
Photobucket Antara pesanan tuan Guru Besar ialah semua pengawas mesti bertanggungjawab terhadap tugas masing- masing, berketerampilan dan tegas agar murid-murid yang lain mengikut arahan.Beliau juga telah menyampaikan watikah perlantikan para pengawas bagi sesi 2012. 
Galeri Gambar

Sambutan Hari Maulidurasul 1433H



 Alhamdulillah,pada hari ini, Jumaat 10 Febuari 2012 bersamaan 17 Rabiuawal 1433H,Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Maulidurasul 1433H peringkat sekolah.Aktiviti ini dimulakan dengan berselawat beramai-ramai di padang seterusnya berarak ke Taman Desa Setapak dan kemudian berkumpul semula di Anjung Desa.

Photobucket

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guru Besar dan disambung oleh Pn.Umi Kalthom untuk sesi tazkirah memperingati perjuangan Junjungan Besar kita. Aktiviti ini juga diserikan dengan nyanyian nasyid oleh murid PIPK dan murid tahap Dua.Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tenaga kerja yang terlibat.Moga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Galeri Gambar

Pemberitahuan Aktiviti Kokurikulum Sesi 2012

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum SK Desa Setapak bagi sesi 2012 akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: Bermula 08 Februari 2012
Hari   : Setiap Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang


Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 adalah diwajibkan untuk menyertai aktiviti tersebut.Segala kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.Sekian,harap maklum.


Hari Orentasi 2012


Pada  Hari Jumaat 30 Disember 2011 yang lalu,sekolah telah mengadakan Hari Orentasi untuk murid baru kemasukan tahun 2012.Seramai 35 orang murid mendaftar untuk Tahun Satu, 25 orang untuk Prasekolah dan 9 orang untuk Program Pendidikan Khas(PIPK). Pada majlis ini, semua ibu bapa dan murid diberi taklimat ringkas oleh Pihak Pentadbir Sekolah mengenai program yang akan diadakan sepanjang tahun 2012, manakala guru matapelajaran memberi penerangan khas mengenai perjalanan P&P pada tahun hadapan.Majlis ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga  12.00 tengahari. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua hadirin dan selamat maju jaya kepada murid baru SKDS.  


Info Terkini SKDS

Makluman Cuti Berganti Persekolahan dan Cuti Peristiwa Sempena Tahun Baru Cina 2012.


Sukacita dimaklumkan bahawa SK Desa Setapak akan mengambil cuti berganti persekolahan dan cuti peristiwa seperti ketetapan berikut:-



Bil
Tarikh Cuti
Jadual
Tarikh Ganti
1.
25.1.2012  (Rabu)
-
Tidak perlu ganti
2.
26.1.2012  (Khamis)
Khamis
11.2.2012  (Sabtu)
3.
27.1.2012  (Jumaat)
Jumaat
3.3.2012     (Sabtu)


Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan.