Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)



Latar Belakang Program Pendidikan Khas Integrasi 
SK Desa Setapak

Mula di tubuhkan pada tahun 1997 sejajar dengan pembukaan sekolah ini sebagai sebuah sekolah baru. Jumlah kelas adalah sebanyak 6 kelas, 10 orang guru dan murid seramai 50 orang.
Kini pada tahun 2012, Program Pendidikan Khas Integrasi telah ditadbir oleh En. Dolhan B. Ghazali selaku GPK PPKI dan dibantu oleh 16 orang guru dan 5 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) . Bilangan murid adalah seramai 48 orang dan 9 buah kelas telah dibuka.

Moto Program Pendidikan Khas Integrasi

“ANAK-ANAK ISTIMEWA KEPRIHATINAN BERSAMA”

Piagam Program Pendidikan Khas Integrasi
  1. Member pendidikan yang sebaik mungkin kepada murid-murid PPKI untuk membentuk individu yang berdikari.
  2. Membantu murid-murid PPKI menggabung potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu.
  3. Mewujudkan suasana yang selesa untuk murid-murid PPKI bersosial dengan warga sekolah.
  4. Melakukan penilaian yang berterusan atas murid-murid PPKI untk memaksimumkan kebolehan mereka.
  5. Mengintegrasikan piagam PPKI dengan berdasarkan slogan “Murid Istimewa Guru Penyayang”.

                                                                  
Aktiviti Ko-Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Desa Setapak juga menjalankan aktiviti ko-kurikulum seperti berikut :

Ø  Kelab dan Persatuan
a. Kebudayaan
b. Bahasa
c. Kawat Kaki

Ø  Sukan dan Permainan
a.      Bola Sepak
b.      Bola Jaring
c.       Olahraga
d.      Permainan Dalaman



Aktiviti ini dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Murid-murid yang terlibat adalah dipilih berdasarkan kelayakkan murid dan kebenaran  dari ibu bapa.   



Aktiviti Luar Program Pendidikan Khas Integrasi

Bagi mewujudkan interaksi sosial yang berkesan dikalangan murid-murid pendidikan khas, aktiviti sokongan dijalankan sebagai tambahan atau pelengkap kepada program yang sedia ada. Antara aktiviti-aktiviti sokongan tersebut ialah :
  1. Aktiviti Rekreasi Berkuda
Aktiviti Rekreasi Berkuda dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa setiap hari Selasa pada minggu pertama iaitu sekali dalam sebulan. Aktiviti yang dijalankan adalah menaiki kereta kuda dan menunggang kuda. Jadual bagi aktiviti ini telah ditentukan oleh pihak DBKL.


   

  1. Aktiviti Rekreasi Bowling
Aktiviti Rekreasi Bowling dijalankan di Flamingo Ampang, dua kali sebulan setiap hari rabu. Tujuan aktiviti ini murid dapat meningkatkan keyakinan diri, berinteraksi dengan masyarakat dan mengembangkan potensi murid.

  1. Aktiviti Berenang
Bagi aktiviti berenang, tidak ada kemudahan khas untuk mengadakan aktiviti ini dan pihak kami telah mengambil inisiatif dengan membawa murid-murid ke Taman KLCC atau lawatan ke taman air.

  1. Aktiviti Lawatan
Aktiviti lawatan yang telah dijalankan sehingga kini adalah lawatan ke Zoo Negara dan Pusat Sains Negara. Pihak kami juga telah merancang akan mengadakan lawatan ke Kilang Vitagen, Lost World Of Tambun, A Famosa Water World dan Muzium Negara.