UTAMA

Selamat Datang Ke SK Desa Setapak

     Sekolah Kebangsaan Desa Setapak dibuka pada 1.1.1997. sekolah ini mengambil nama sempena nama Taman Desa Setapak iaitu kawasan perumahan yang terdapat di hadapan sekolah.

     Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Puan Che Nah bt. Omar. Seramai 4 orang guru bertugas dibahagian akademik dan 2 orang bertugas di bahagian staff sokongan. Kebanyakkan guru-guru adalah lepasan maktab dan baru pertama kali mengajar.

     Murid-murid yang belajar di Sekolah Kebangsaan Desa Setapak adalah dari sekolah-sekolah yang berhampiran. Pada tahun pertama, murid-murid hanya seramai 423 orang sahaja. Kelas yang mula-mula wujud ialah tahun 1 terdiri daripada 6 kelas, tahun 2, 3, 4 dan 5 daripada 2 kelas dan tahun 6 hanya 1 kelas.

     Selain daripada biasa, Sekolah Kebangsaan Desa Setapak juga terdapat Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP). Kelas ini diselenggarakan oleh seorang penyelaras iaitu Pn. Zizawati bt. Fauzi dan dibantu oleh beberapa orang guru yang lain.


Peta Lokasi:



ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Desa Setapak
Taman Desa Setapak
53300 Kuala Lumpur