Prasekolah


SEJARAH PRASEKOLAH

Prasekolah SKDS ditubuhkan pada bulan Januari 2003 di bawah pentadbiran Guru Besar, Datin Kamaliah Binti Abd. Latif.  Menempatkan 1 kelas prasekolah yang mempunyai 25 orang murid. Seorang Guru Prasekolah dan seorang Pembantu  telah dipertanggungjawabkan.Kelas Prasekolah ini dinamakan Prasekolah Orkid.


Kini pada tahun 2012, Prasekolah SKDS di bawah pentadbiran Guru Besar, Encik Zainal Bin Hj. Ahmad. Guru yang mengelolakan Prasekolah SKDS ini adalah Pn. Sabiha binti Salman dan dibantu oleh Pn. Noor Sheilla binti Zainal.

VISI PRASEKOLAH

Prasekolah Orkid melahirkan anak-anak didik yang cemerlang, cerdas dan berakhlak mulia.


MISI PRASEKOLAH

                 S    Sahsiah yang sempurna

                 K    Kuasai kemahiran asas 3M
    
                 D    Didikan yang pintar soleh

                 S    Seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan rohani.





MATLAMAT

Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah kelak.


OBJELTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif berikut :

1. JASMANI
§  Mempunyai tubuh badan yang sihat.
§  Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal asas
§  Mempratikkan amalan kesihatan yang baik
§  Mempratikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
2. EMOSI
§  Mempunyai konsep kendiri yang positif
§  Mempunyai keyakinan
§  Mempunyai jati diri
§  Berani mencuba
3. INTELEK
§  Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)
§  Berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris
§  Berkomunikasi dengan  baik menggunakan Bahasa Cina
§  Berkomunikasi dengan baik menggunakan Bahasa Tamil
4. ROHANI
§  Mengamalkan nilai murni
§  Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
5.  SOSIAL
§  Berkebolehan berkomunikasi yang mantap membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
§  Menyuarakan pandangan dan perasaan.






TUNJANG-TUNJANG PEMBELAJARAN PRASEKOLAH


1.      Tunjang Komunikasi
2.      Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
3.      Tunjang Keterampilan Diri
4.      Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
5.      Tunjang Sains dan Teknologi
6.      Tunjang Kemanusiaan.