Hari Orientasi Tahun Satu/Pra Sekolah/PPKI 2014























Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi,seperti biasa SKDS menerima murid-murid baru Tahun 1,Pra Sekolah dan PIPK.Majlis ini diadakan pada hari 31 Disember iaitu hari terakhir pada tahun 2013.Majlis dimulakan oleh ucapan alu-aluan daripada Guru Besar dan pentadbir serta penerangan ringkas oleh guru disiplin.Ibu bapa juga diberi taklimat khas oleh semua guru mata pelajaran mengenai program semasa d masa akan datang.Disini beberapa gambar pada hari berkenaan.





Majlis Anugerah Cemerlang 2013

Pada Sabtu 16 November 2013, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang sesi 2013. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar atas sokong guru-guru dan kakitangan sekolah. Kehadiran ibubapa dan penjaga amatlah menggalakkan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kecemerlangan murid-murid didalam bidang akademik dan sahsiah. Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada murid-murid yang berbakat.

Anugerah Khas Tokoh Murid 2013

Persembahan Murid Tahun 6
Persembahan Koir
Tarian Ala Bollywood di bawah pimpinan Cik Hamizah dan Puan Fatimah

Majlis Khatam al-Quran dan Penerapan Nilai Murni

Telah berlangsung satu Majlis Khatam al-Quran dan Penerapan Nilai Murni,program ini adalah salah satu daripada program Ihya Ramadan anjuran Panitia Pendidikan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral. Antara acara yang telah berlangsung ialah Khatam al-Quran oleh murid Tahun 6, tazkirah hari raya oleh Ustazah farina,persembahan lagu raya,penyampaian bantuan hari raya kepada murid yatim dan miskin serta pemberian duit raya kepada semua murid.Disini beberapa foto menarik yang sempat dirakam.