Tetamu tak diundang...

SKDS digemparkan dengan penemuan seekor ular sawa batik sepanjang lima meter pagi kelmarin. Sepasukan pegawai JPAM telah datang menangkapnyaPhotobucket.
Awalnya ular itu dijumpai oleh sekumpulan murid-murid yang melalui jalan belakang sekolah.Ketika dijumpai ular itu berada didalam longkang besar dalam keadaan tidak bergerak dipercayai masih dalam kekenyangan.Ular itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Zoo Negara.Alhamdullilah kerana tidak ada apa-apa kemalangan yang berlaku.

Majlis Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 dan PPKI

Photobucket
Satu majlis perjumpaan Ibubapa pelajar Tahun 6 dan PPKI SKDS 2012 telah diadakan pada 18hb Februari 2012. Perjumpaan merupakan perjumpaan kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2012.Didalam pertemuan ringkas ini  Tuan  Guru Besar , Encik Zainal bin Ahmad,menyatakan berharapan agar ibubapa memberi perhatian kepada anak masing-masing dalam pembelajaran. Selain itu, sokongan moral dan dorongan daripada semua ibubapa amat perlu bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian kecemerlangan murid-murid SKDS,khususnya untuk menghadapi peperiksaan besar nanti  iaitu UPSR.  Dalam majlis ini juga ibubapa dimaklumkan mengenai program-program yang akan dijalan pada tahun 2012 khasnya untuk murid tahun 6 seperti Kelas Tambahan berkala,Bengkel menjawab soalan,Gerak Gempur UPSR dan lain-lain.Oleh itu besarlah harapan sekolah agar para ibubapa sentiasa memberi sokongan penuh  dan komited terhadap apa jua program yang akan dijalankan nanti serta sentiasa memantau perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.Terima Kasih. 

Majlis Perlantikan Pengawas,PSS,SPBT dan Ketua Kelas

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan SPBT pada kali ini telah diadakan pada pagi Khamis 16 Februari 2012. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rumzi, nyanyian lagu patriotik dan ucapan Guru Besar En.Zainal bin Ahmad. 
Photobucket Antara pesanan tuan Guru Besar ialah semua pengawas mesti bertanggungjawab terhadap tugas masing- masing, berketerampilan dan tegas agar murid-murid yang lain mengikut arahan.Beliau juga telah menyampaikan watikah perlantikan para pengawas bagi sesi 2012. 
Galeri Gambar

Sambutan Hari Maulidurasul 1433H



 Alhamdulillah,pada hari ini, Jumaat 10 Febuari 2012 bersamaan 17 Rabiuawal 1433H,Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Maulidurasul 1433H peringkat sekolah.Aktiviti ini dimulakan dengan berselawat beramai-ramai di padang seterusnya berarak ke Taman Desa Setapak dan kemudian berkumpul semula di Anjung Desa.

Photobucket

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guru Besar dan disambung oleh Pn.Umi Kalthom untuk sesi tazkirah memperingati perjuangan Junjungan Besar kita. Aktiviti ini juga diserikan dengan nyanyian nasyid oleh murid PIPK dan murid tahap Dua.Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tenaga kerja yang terlibat.Moga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Galeri Gambar

Pemberitahuan Aktiviti Kokurikulum Sesi 2012

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum SK Desa Setapak bagi sesi 2012 akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: Bermula 08 Februari 2012
Hari   : Setiap Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang


Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 adalah diwajibkan untuk menyertai aktiviti tersebut.Segala kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.Sekian,harap maklum.