Satu majlis perjumpaan Ibubapa pelajar Tahun 6 dan PPKI SKDS 2012 telah diadakan pada 18hb Februari 2012. Perjumpaan merupakan perjumpaan kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2012.Didalam pertemuan ringkas ini Tuan Guru Besar , Encik Zainal bin Ahmad,menyatakan berharapan agar ibubapa memberi perhatian kepada anak masing-masing dalam pembelajaran. Selain itu, sokongan moral dan dorongan daripada semua ibubapa amat perlu bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian kecemerlangan murid-murid SKDS,khususnya untuk menghadapi peperiksaan besar nanti iaitu UPSR. Dalam majlis ini juga ibubapa dimaklumkan mengenai program-program yang akan dijalan pada tahun 2012 khasnya untuk murid tahun 6 seperti Kelas Tambahan berkala,Bengkel menjawab soalan,Gerak Gempur UPSR dan lain-lain.Oleh itu besarlah harapan sekolah agar para ibubapa sentiasa memberi sokongan penuh dan komited terhadap apa jua program yang akan dijalankan nanti serta sentiasa memantau perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.Terima Kasih.