Tahniah dan syabas..


Tahniah kepada adik Shamsul Hariez daripada Tahun 4 Cemerlang kerana berjaya menduduki tempat ke 3 dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Pertandingan itu  telah diadakan pada minggu lepas (10 April) bertempat di SK Jln Gurney 2 , seramai 28 peserta telah meyertai pertandingan ini dari seluruh sekolah-sekolah di wilayah. Pencapaian Hariez ini sekurang-kurangnya meletakkan SKDS sebaris dengan sekolah besar yang lain,yang berjaya melahirkan murid yang berbakat dalam bidang koakademik.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin bagi Hariez untuk lebih maju pada masa hadapan dan menjadi inspirasi bagi murid - murid yang lain. Insyaallah.