PENGENALAN
Satu sub pengurusan di bawah pentadbiran yang mengendaikan semua bidang yang melibatkan pengurusan murid, keceriaan dan keselamatan murid. Satu badan pengurusan yang mengendalikan semua sektor pengambilan, pendaftaran dan pemindahan murid. Sektor yang juga menguruskan pembahagian semua bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Di dalam sub pengurusan HEM, Guru Penlong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk memastikan pelaksanaan pengurusan HEM adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Pengurusan HEM juga adalah bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni dalam membentuk murid yang berakhlak mulia dan berpendidikan.
VISI
MENJADI SEBUAH STRUKTUR SUMBER MANUSIA YANG BERSEPADU DAN PROFESIONAL MENJELANG 2015.
MISI
MEWUJUD PENGURUSAN HAL EHWAL MURID YANG CEMERLANG EFEKTIF DAN BERKUALITI SELARAS DENGAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
MOTO
"PROFESIONAL DAN BERKETRAMPILAN
MATLAMAT HEM SKDS UNTUK MEMARTABATKAN
POTENSI INSAN SECARA SEIMBANG DAN BERSEPADU
MELIPUTI ASPEK-ASPEK MODAL INSAN, PENGURUSAN
YANG MANTAP DAN CEMERLANG."
OBJEKTIF
I. MEMUPUK SIFAT-SIFAT AMANAH, RAJIN, BERDISIPLIN, IKHLAS, DAN TEKUN BERUSAHA.
II. MEWUJUDKAN AMALAN BERSEPADU, KESIHATAN DIRI DAN MASYARAKAT.
III. MENINGKATKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BERSIH DAN SELAMAT .
PENGURUSAN SUB UNIT HAL EHWAL MURID
Di bawah sub Unit Hal Ehwal Murid terdapat 19 buah sektor pengurusan yang mengendalikan setiap pengurusan yang membabitkan murid dan penjanaan sektor Sub Unit tersebut seperti berikut:
1. PENGURUSAN BANTUAN-BANTUAN MURID
2. SPBT/BOSD
3. RMT/PSS
4. KWAMP
5. BAITULMAL
6. KEBAJIKAN ANAK YATIM
7. PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT MURID
8. PENGURUSAN LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS
i. DISIPLIN
ii. SSDM
9. PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
10. PENGURUSAN KESIHATAN
KESIHATAN FIZIKAL/PERGIGIAN
11. PENGURUSAN KEBERSIHAN
12. PENGURUSANKESELAMATAN/ KECEMASAN/ BENCANA
13. PENGURUSAN KANTIN
14. PEGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
15. PEGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI
16. PENGURUSAN KEDAI BUKU
17. PENGURUSAN PENDAFTARAN TAHUN 1
18. PENGURUSAN PENDAFTARAN TAHUN 6 KE SEKOLAH MENENGAH
PIAGAM HEM
PENGURUSAN HEM AKAN MEMASTIKAN :
· Pengurusan profesional selaras dengan kehendak PIPP· Kebajikan murid dan warga SKDS dijaga dan dipelihara
· Semua murid diberi layanan yang sama tanpa mengira bangsa dan agama
· Semua murid yang layak dan memohon bantuan akan dipertimbangkan
· Mewujudkan hubungan yang bersepadu di antara murid, ibu bapa dan masyarakat sekitar
· Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang sihat, ceria dan kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran
· Pengurusan pentadbiran HEM dijalankan dengan efektif dan profesional.
· Pengurusan yang berterusan bagi memastikan setiap sub unit berjalan lancar dan sempurna
· Menyediakan wadah yang mesra pelanggan dalam menangani setiap isu yang timbul
· Membangunkan sahsiah dan prestasi murid dan warga SKDS selaras dengan kehendak PIPP
· Pengurusan HEM juga adalah bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni dalam membentuk murid yang berakhlak mulia dan berpendidikan.
Hebat kita kerana ilmu
Hebat ilmu kerana amalan
Hebat amalan kerana keberkatan
Hebat keberkatan kerana ikhsan