Majlis Anugerah Cemerlang 2013

Pada Sabtu 16 November 2013, telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang sesi 2013. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar atas sokong guru-guru dan kakitangan sekolah. Kehadiran ibubapa dan penjaga amatlah menggalakkan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kecemerlangan murid-murid didalam bidang akademik dan sahsiah. Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada murid-murid yang berbakat.

Anugerah Khas Tokoh Murid 2013

Persembahan Murid Tahun 6
Persembahan Koir
Tarian Ala Bollywood di bawah pimpinan Cik Hamizah dan Puan Fatimah

Majlis Khatam al-Quran dan Penerapan Nilai Murni

Telah berlangsung satu Majlis Khatam al-Quran dan Penerapan Nilai Murni,program ini adalah salah satu daripada program Ihya Ramadan anjuran Panitia Pendidikan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral. Antara acara yang telah berlangsung ialah Khatam al-Quran oleh murid Tahun 6, tazkirah hari raya oleh Ustazah farina,persembahan lagu raya,penyampaian bantuan hari raya kepada murid yatim dan miskin serta pemberian duit raya kepada semua murid.Disini beberapa foto menarik yang sempat dirakam.




    

Susana Hari Guru 2013


Hari Guru telah berlangsung pada 23 Mei,iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal pertama.Banyak acara yang telah diadakan dengan kerjasama guru-guru dan murid.Disini ada beberapa gambar yang sempat dirakam semasa program berlangsung.

    
                         Ikrar Akujanji Guru                                     Persembahan oleh guru-guru perempuan SKDS

    
                        Lagu Guru Malaysia                                             Persembahan oleh murid-murid tahun 6

                     Kek Istimewa Hari Guru                                                    Sesi bertukar-tukar hadiah

   
                          Pertandingan hiasan sajian                                                                     Jamuan 


    Hiasan terbaik                                                                      Khusyuk mendengar ceramah 

   
                    Boling Kampung                                                             Pertandingan pakaian berhias

Tahniah dan syabas..


Tahniah kepada adik Shamsul Hariez daripada Tahun 4 Cemerlang kerana berjaya menduduki tempat ke 3 dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Pertandingan itu  telah diadakan pada minggu lepas (10 April) bertempat di SK Jln Gurney 2 , seramai 28 peserta telah meyertai pertandingan ini dari seluruh sekolah-sekolah di wilayah. Pencapaian Hariez ini sekurang-kurangnya meletakkan SKDS sebaris dengan sekolah besar yang lain,yang berjaya melahirkan murid yang berbakat dalam bidang koakademik.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin bagi Hariez untuk lebih maju pada masa hadapan dan menjadi inspirasi bagi murid - murid yang lain. Insyaallah.

Pelantikan Pengawas Baru Sesi 2013

Pada bulan Februari yang lepas,telah diadakan satu majlis pelantikan pengawas baru untuk sesi 2012.Pelantikan ini termasuklah Pengawas Sekolah,Pengawas PSS, Pengawas SPBT serta Ketua dan Penolong kelas. Tahniah diucapkan kepada murid yang diamanahkan oleh sekolah untuk memegang jawatan tersebut.Jalankanlah tugas dengan penuh tanggungjawab.

Pengawas Sekolah
   
Pengawas PSS
Pengawas SPBT
Ketua dan Penolong Kelas

Tahniah !!!



















Satu lagi kejayaan yang tidak disangka apabila skuad sekolah berjaya merebut tempat ke tiga dalam pertandingan Rugbi bawah 12 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung sepanjang minggu lepas.Sebanyak 11 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini,dan kita diundi bersama SK Danau Kota dan SK Tmn Midah 2.Semoga tahun depan akan menjadi lebih baik lagi.Tahniah.

Beratur sebelum memulakan permainan

Sedang berusaha
Merancang strategi baru

Majlis Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013

Pada 21 Januari yang lepas, satu majlis penyerahan bantuan persekolahan kepada semua murid SKDS. Bantuan disampaikan oleh Setiusaha Politik Perdana Menteri iaitu Dato Dr Haji Shafie Bin Abdullah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Wangsa Maju Alhmdulliah, semuanya berjalan baik dan sokongan daripada ibubapa amat menggalakkan.