Selamat Jalan & Selamat Kembali

Bulan ini, SKDS kehilangan seorang warga pendidik yang banyak berjasa, iaitu Ustaz Khairun Nizam Yusuf, beliau  telah bertukar ke negeri Pahang Darul Makmur, di Bandar Muadzam Shah. Beliau adalah guru yang  paling lama bertugas disekolah ini sejak ia mula dibuka pada tahun 1997,ini bermakna sudah 15 tahun bersama SKDS. Perjalanan beliau sebagai seorang guru biasa disekolah ini hingga dinaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (GPK KO) iaitu jawatan yang dipegangnya.Apapun, kami disini mendoakan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada Ustaz disekolah baru.


Selain itu, kami juga ingin mengucapkan selamat menjalani Ibadah Haji buat Guru Besar SKDS yang kini berada di Tanah Suci Kota Mekah menjadi tetamu Allah pada tahun ini, moga beliau dan isteri dalam keadaan sihat walafiat selalu serta mendapat ketenangan dalam beribadah dan yang penting sekali agar mendapat haji yang mabrur.Amin. Beliau dijadualkan kembali bertugas pada bulan November ini, iaitu seminggu sebelum cuti sekolah bermula.Semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik beliau.