Kami semua ingin mengucapkan kepada semua murid-murid tahun 6 sesi 2012, selamat menghadapi UPSR 2012 dengan jayanya. Moga kalian mendapat keyakinan semasa menjawab,ketenangan hati dan jiwa sepanjang peperiksaan.Buatlah yang terbaik, insyaallah kejayaan hendaknya.
Pemberitahuan: Solat Hajat Perdana 2012
SKDS akan mengadakan solat hajat perdana pada 6 September (Khamis) sempena peperiksaan UPSR yang akan diduduki oleh murid tahun 6 tidak lama lagi.Program akan bermula pada pukul 7:00 malam hingga selepas solat Isyak. Diharap semua murid dan Ibu Bapa dapat meluangkan masa untuk meramaikan majlis itu nanti.Insyallah.
Salam Aidilfitri 1433H
Kami seluruh warga SK Desa Setapak mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada semua yang melayari laman ini.Marilah kita saling maaf memaafi antara satu sama lain,jika ada yang salah sama-sama kita betulkan,jika ada yang kurang sama-sama kita hulurkan dan jika ada yang jauh sama-sama kita eratkan. Salam eid-Mubarak!!!
Bulan Ramadhan bulan yang Mulia,
disambut dengan hati yang gembira,
Kini Syawal semakin menjelma,
Tangan kami hulurkan maaf dipinta.
Masak Udang gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria
berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya.

