Salam Aidilfitri 1433H




















Kami seluruh warga SK Desa Setapak mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada semua yang melayari laman ini.Marilah kita saling maaf memaafi antara satu sama lain,jika ada yang salah sama-sama kita betulkan,jika ada yang kurang sama-sama kita hulurkan dan jika ada yang jauh sama-sama kita eratkan. Salam eid-Mubarak!!!

Bulan Ramadhan bulan yang Mulia,
disambut dengan hati yang gembira,
Kini Syawal semakin menjelma,
Tangan kami hulurkan maaf dipinta.

Masak Udang gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria
berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya.


Hari Sukan Sekolah 2012 : PraSekolah,Tahap 1 dan PIPK

Pada 30 Jun yang lepas (Jumaat) telah diadakan Hari Sukan Sekolah untuk murid-murid PraSekolah,Tahap 1 dan PIPK,Acara berlangsung meriah dengan semua murid-murid terlibat mewakili rumah masing-masing.Semangat kesukanan jelas ditunjukkan apabila setiap peserta berusaha bersungguh -sungguh memenangi acara yang ditandingi.Sokongan moral daripada Ibubapa mahupun guru-guru turut dipuji,diharapkan kemeriahan ini akan diteruskan pada tahun hadapan.Disini disertakan beberapa foto menarik sepanjang acara pada hari itu.







Lagi gambar disini
Belasungkawa Pn Nor'Azah binti Aziz 1965 - 2012

Tanggal 13 Mei yang lalu, seorang guru yang banyak berjasa kepada kita telah pergi meninggalkan kita pulang ke rahmatullah. Beliau ialah Puan Nor'Azah binti Aziz,48 tahun, tabah menghadapi penyakit barah paru-paru dan menanggungnya selama 6 bulan.Dalam jangka waktu itulah, arwah berulang alik ke hospital sambil berubat secara traditional.Tetapi penyakitnya semakin merebak hingga menyerang kedua-dua belah paru-paru.



Ketika hayatnya,arwah seorang guru yang berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas dan mempunyai hubungan baik dengan semua guru.Arwah juga adalah antara guru yang mula-mula sekali bertugas di SKDS semenjak ia dibuka pada tahun 1997.Sebelum itu arwah pernah bertugas di beberapa sekolah di utara tanahair,bermula di SK Teloi Timur,Kuala Ketil,Kedah pada tahun 1989, kemudian pada tahun 1991 beliau berpindah ke SK Teluk Kumbar,Pulau Pinang.Selama 5 tahun disana,beliau bertugas pula di SK Taman Pelangi,selepas setahun,beliau berpindah sekali ke SK Sidam Kiri iaitu sekolah terakhir sebelum ke SKDS.Kami warga SKDS mendoakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan bersama orang-orang soleh.Amin.