Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Perpustakaan dan SPBT pada kali ini telah diadakan pada pagi Khamis 16 Februari 2012. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rumzi, nyanyian lagu patriotik dan ucapan Guru Besar En.Zainal bin Ahmad.
Antara pesanan tuan Guru Besar ialah semua pengawas mesti bertanggungjawab terhadap tugas masing- masing, berketerampilan dan tegas agar murid-murid yang lain mengikut arahan.Beliau juga telah menyampaikan watikah perlantikan para pengawas bagi sesi 2012.
Galeri Gambar
Alhamdulillah,pada hari ini, Jumaat 10 Febuari 2012 bersamaan 17 Rabiuawal 1433H,Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Maulidurasul 1433H peringkat sekolah.Aktiviti ini dimulakan dengan berselawat beramai-ramai di padang seterusnya berarak ke Taman Desa Setapak dan kemudian berkumpul semula di Anjung Desa.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guru Besar dan disambung oleh Pn.Umi Kalthom untuk sesi tazkirah memperingati perjuangan Junjungan Besar kita. Aktiviti ini juga diserikan dengan nyanyian nasyid oleh murid PIPK dan murid tahap Dua.Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tenaga kerja yang terlibat.Moga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Galeri Gambar
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum SK Desa Setapak bagi sesi 2012 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Bermula 08 Februari 2012
Hari : Setiap Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 adalah diwajibkan untuk menyertai aktiviti tersebut.Segala kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.Sekian,harap maklum.