Belasungkawa Pn Nor'Azah binti Aziz 1965 - 2012

Tanggal 13 Mei yang lalu, seorang guru yang banyak berjasa kepada kita telah pergi meninggalkan kita pulang ke rahmatullah. Beliau ialah Puan Nor'Azah binti Aziz,48 tahun, tabah menghadapi penyakit barah paru-paru dan menanggungnya selama 6 bulan.Dalam jangka waktu itulah, arwah berulang alik ke hospital sambil berubat secara traditional.Tetapi penyakitnya semakin merebak hingga menyerang kedua-dua belah paru-paru.



Ketika hayatnya,arwah seorang guru yang berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas dan mempunyai hubungan baik dengan semua guru.Arwah juga adalah antara guru yang mula-mula sekali bertugas di SKDS semenjak ia dibuka pada tahun 1997.Sebelum itu arwah pernah bertugas di beberapa sekolah di utara tanahair,bermula di SK Teloi Timur,Kuala Ketil,Kedah pada tahun 1989, kemudian pada tahun 1991 beliau berpindah ke SK Teluk Kumbar,Pulau Pinang.Selama 5 tahun disana,beliau bertugas pula di SK Taman Pelangi,selepas setahun,beliau berpindah sekali ke SK Sidam Kiri iaitu sekolah terakhir sebelum ke SKDS.Kami warga SKDS mendoakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan bersama orang-orang soleh.Amin.