Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)



Latar Belakang Program Pendidikan Khas Integrasi 
SK Desa Setapak

Mula di tubuhkan pada tahun 1997 sejajar dengan pembukaan sekolah ini sebagai sebuah sekolah baru. Jumlah kelas adalah sebanyak 6 kelas, 10 orang guru dan murid seramai 50 orang.
Kini pada tahun 2012, Program Pendidikan Khas Integrasi telah ditadbir oleh En. Dolhan B. Ghazali selaku GPK PPKI dan dibantu oleh 16 orang guru dan 5 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) . Bilangan murid adalah seramai 48 orang dan 9 buah kelas telah dibuka.

Moto Program Pendidikan Khas Integrasi

“ANAK-ANAK ISTIMEWA KEPRIHATINAN BERSAMA”

Piagam Program Pendidikan Khas Integrasi
  1. Member pendidikan yang sebaik mungkin kepada murid-murid PPKI untuk membentuk individu yang berdikari.
  2. Membantu murid-murid PPKI menggabung potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu.
  3. Mewujudkan suasana yang selesa untuk murid-murid PPKI bersosial dengan warga sekolah.
  4. Melakukan penilaian yang berterusan atas murid-murid PPKI untk memaksimumkan kebolehan mereka.
  5. Mengintegrasikan piagam PPKI dengan berdasarkan slogan “Murid Istimewa Guru Penyayang”.

                                                                  
Aktiviti Ko-Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Desa Setapak juga menjalankan aktiviti ko-kurikulum seperti berikut :

Ø  Kelab dan Persatuan
a. Kebudayaan
b. Bahasa
c. Kawat Kaki

Ø  Sukan dan Permainan
a.      Bola Sepak
b.      Bola Jaring
c.       Olahraga
d.      Permainan Dalaman



Aktiviti ini dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Murid-murid yang terlibat adalah dipilih berdasarkan kelayakkan murid dan kebenaran  dari ibu bapa.   



Aktiviti Luar Program Pendidikan Khas Integrasi

Bagi mewujudkan interaksi sosial yang berkesan dikalangan murid-murid pendidikan khas, aktiviti sokongan dijalankan sebagai tambahan atau pelengkap kepada program yang sedia ada. Antara aktiviti-aktiviti sokongan tersebut ialah :
  1. Aktiviti Rekreasi Berkuda
Aktiviti Rekreasi Berkuda dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa setiap hari Selasa pada minggu pertama iaitu sekali dalam sebulan. Aktiviti yang dijalankan adalah menaiki kereta kuda dan menunggang kuda. Jadual bagi aktiviti ini telah ditentukan oleh pihak DBKL.


   

  1. Aktiviti Rekreasi Bowling
Aktiviti Rekreasi Bowling dijalankan di Flamingo Ampang, dua kali sebulan setiap hari rabu. Tujuan aktiviti ini murid dapat meningkatkan keyakinan diri, berinteraksi dengan masyarakat dan mengembangkan potensi murid.

  1. Aktiviti Berenang
Bagi aktiviti berenang, tidak ada kemudahan khas untuk mengadakan aktiviti ini dan pihak kami telah mengambil inisiatif dengan membawa murid-murid ke Taman KLCC atau lawatan ke taman air.

  1. Aktiviti Lawatan
Aktiviti lawatan yang telah dijalankan sehingga kini adalah lawatan ke Zoo Negara dan Pusat Sains Negara. Pihak kami juga telah merancang akan mengadakan lawatan ke Kilang Vitagen, Lost World Of Tambun, A Famosa Water World dan Muzium Negara.




Visi & Misi

Visi sekolah


"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi sekolah

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

KURIKULUM

Carta Organisasi Tadbir & Kurikulum 2013


Carta Organisasi Kurikulum 2013




KO-KURIKULUM


Carta Organisani Ko-Kurikulum SK Desa Setapak 2013


JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM 2013

Pengerusi                   : En Zainal B. Hj Ahmad   (Guru Besar)
N.Pengerusi               : Pn. Rokiah bt Abd Rahman
Setiausaha                 : En. Muhammad Nazif bin Ahmad Huzaini
N.Setiausaha             : Pn. Ros Akmarina bt. Osman
Setiausaha Sukan     : En. Zulhezri bin Mohd Nor
N.Setiausaha Sukan : En. Mohd Farhan
Bendahari                  : Pn. Fadillah Ibrahim
AJK                             : En. Dolhan bin Ghazali
                                       En. Jagdev Singh a/l Amrao Singh
                                       Cik Nurul Akma bt Abd Rahman
                                       Pn. Sagena Bee bt Mohamed Kassim
                             
MAJLIS SUKAN SEKOLAH 2013
Penasihat        :   En Zainal B. Hj Ahmad   (Guru Besar)
Pengerusi        :   Pn. Rokiah bt Abd Rahman
N.Pengerusi    :   Pn. Nariza Mohd Daud
                              Hjh Norasikin Saadon
Setiausaha      :   En. Zulhezri Mohd Nor
Penyelaras      :   En. Dolhan Ghazali
AJK                  :   Pn. Sabiha Salman
                              Pn. Sagena Bee Mohamed Kassim
                              En. Badrim Zainudin
                              En. Mohd Nasrun bin Md Nasir

JAWATANKUASA PERTANDINGAN MSSMKL 2013

Pengerusi        :   En Zainal B. Hj Ahmad   (Guru Besar)
N.Pengerusi    :   Pn. Rokiah bt Abd Rahman
                              Pn. Nariza Mohd Daud
                              Pn. Norasikin Saadon
Setiausaha      :   En. Zulhezri Mohd Nor
AJK                  :   En. Badrim Zainudin



JAWATANKUASA JURULATIH SEKOLAH

Pengerusi         :   En Zainal B. Hj Ahmad   (Guru Besar)
N.Pengerusi     :   Pn. Rokiah bt Abd Rahman
Penyelaras       :   En. Zulhezri Mohd Nor

Bola Sepak      :   En. Zulhezri Mohd Nor
                               En. Badrim Zainudin

Bola Baling      :    En. Zahari Noor
                               Pn. Fatimah Hafizah Mohd

Bola Jaring       :   Cik Nurul Aina bt. Abu Bakar
                               Pn. Norizan bt. Ahmad

Ragbi Sentuh   :   En. Muhammad Nazif Ahmad Huzaini
                               En. Muhd Rumzi Shaari

 JAWATANKUASA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

Pengerusi         :   En Zainal B. Hj Ahmad   (Guru Besar)
N. Pengerusi    :   Pn. Rokiah bt Abd Rahman
Penyelaras       :   En. Zulhezri Mohd Nor
Setiausaha       :   Pn. Norizan Ahmad
Bendahari         :   Pn. Khairulafzan Jaafar
AJK                   :   En. Dolhan Ghazali
                               Pn. Noor Hafiza Murad
                               En. Badrim Zainudin
                               En. Muhammad Nazif Ahmad Huzaini
                               Cik Nurul Aina Abu Bakar

HAL EHWAL MURID


 PENGENALAN

         Satu sub pengurusan di bawah pentadbiran yang mengendaikan semua bidang yang melibatkan pengurusan murid, keceriaan dan keselamatan murid. Satu badan pengurusan yang mengendalikan semua sektor pengambilan, pendaftaran dan pemindahan murid. Sektor yang juga menguruskan pembahagian semua bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Di dalam sub pengurusan HEM, Guru Penlong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk memastikan pelaksanaan pengurusan HEM adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
         Pengurusan HEM juga adalah bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni dalam membentuk murid yang berakhlak mulia dan berpendidikan.

VISI
MENJADI SEBUAH STRUKTUR SUMBER MANUSIA YANG BERSEPADU DAN   PROFESIONAL MENJELANG 2015.

MISI
MEWUJUD PENGURUSAN HAL EHWAL MURID YANG CEMERLANG EFEKTIF DAN BERKUALITI SELARAS DENGAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.

MOTO
"PROFESIONAL DAN BERKETRAMPILAN
 MATLAMAT HEM SKDS UNTUK MEMARTABATKAN
POTENSI INSAN SECARA SEIMBANG DAN BERSEPADU
 MELIPUTI ASPEK-ASPEK MODAL INSAN, PENGURUSAN
YANG MANTAP DAN CEMERLANG."



OBJEKTIF
                                      I.           MEMUPUK SIFAT-SIFAT AMANAH, RAJIN, BERDISIPLIN, IKHLAS, DAN TEKUN BERUSAHA.
                                    II.        MEWUJUDKAN AMALAN BERSEPADU, KESIHATAN DIRI DAN MASYARAKAT.
                                  III.     MENINGKATKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BERSIH DAN SELAMAT .


PENGURUSAN SUB UNIT HAL EHWAL MURID

Di bawah sub Unit Hal Ehwal Murid terdapat 19 buah sektor pengurusan yang mengendalikan setiap pengurusan yang membabitkan murid dan penjanaan sektor Sub Unit tersebut seperti berikut:

1.      PENGURUSAN BANTUAN-BANTUAN MURID
2.      SPBT/BOSD
3.      RMT/PSS
4.      KWAMP
5.      BAITULMAL
6.      KEBAJIKAN ANAK YATIM
7.      PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT MURID
8.      PENGURUSAN LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS
                                                              i.      DISIPLIN
                                                            ii.      SSDM
9.      PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
10.  PENGURUSAN KESIHATAN
          KESIHATAN FIZIKAL/PERGIGIAN
11.  PENGURUSAN KEBERSIHAN
12.  PENGURUSANKESELAMATAN/ KECEMASAN/ BENCANA           
13.  PENGURUSAN KANTIN
14.  PEGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
15.  PEGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI
16.  PENGURUSAN KEDAI BUKU
17.  PENGURUSAN PENDAFTARAN TAHUN 1
18.  PENGURUSAN PENDAFTARAN TAHUN 6 KE SEKOLAH MENENGAH


PIAGAM HEM

 PENGURUSAN HEM AKAN MEMASTIKAN :
·       Pengurusan profesional selaras dengan kehendak PIPP·       Kebajikan murid dan warga  SKDS dijaga dan dipelihara
·       Semua murid diberi layanan yang sama tanpa mengira bangsa dan agama
·       Semua murid yang layak dan memohon bantuan akan dipertimbangkan
·       Mewujudkan hubungan yang bersepadu di antara murid, ibu bapa dan masyarakat sekitar
·       Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang sihat, ceria dan kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran
·       Pengurusan pentadbiran HEM dijalankan dengan efektif dan profesional.
·       Pengurusan yang berterusan bagi memastikan setiap sub unit berjalan lancar dan sempurna
·       Menyediakan wadah yang mesra pelanggan dalam menangani setiap isu yang timbul
·     Membangunkan sahsiah dan prestasi murid dan warga SKDS selaras dengan kehendak PIPP
·  Pengurusan HEM juga adalah bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni dalam membentuk murid yang berakhlak mulia dan berpendidikan.


Hebat kita kerana ilmu
Hebat ilmu kerana amalan
Hebat amalan kerana keberkatan
Hebat keberkatan kerana ikhsan

hubungi Kami

SK Desa Setapak
Taman Desa Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Tel:0341426989
Fax: